Want your
own Fotopage?








 
nurhayati's FotoPage

By: nurhayati a ghani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 16-Mar-2010 00:47 Email | Share | | Bookmark
Serasi Bersama

FirmanNya dalam surah Ali 'Imran ayat 38 bermaksud:
Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata:
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."


FirmanNya dalam surah Ibrahim ayat 40 bermaksud:
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Cuti raya cina di Merlimau hari tu. Raihan & sepupunya Luqman...






Ewah Raihan, sikit pun tak tengok kamera.


Raihan & Rifqi minum susu bersama


Wah Rifqi ke main silang kaki. Macam big boss pulak.


Add comment


Monday, 15-Mar-2010 02:54 Email | Share | | Bookmark
Pokok kesum, sup dan jintan kesayanganku

Semua yang terjadi dengan izin-Nya.

FirmanNya dalam surah Ar-Rahman ayat 6 bermaksud:
"Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya"

Gambar perkembangan pokok-pokok ini seperti yang dijanjikan.

Pokok jintan



Keratan batang pokok ni pemberian Mak Ngah, ibu saudara suami. Pokok ni memang mahukan cahaya matahari yang banyak.


Pokok sup



Tengok ye... mantap sungguh dahan ni. Segala puji bagi Allah.

Pokok kesum


Pokok kesayanganku. Sebelum ni asyik tak jadi je tanam kesum. Kali ni memang menanam keazaman yang tinggi untuk menjaga pokok ini.

Nantilah koleksi pokok lain akan dipostkan kemudian.

Add comment


Wednesday, 3-Mar-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pokok kesayanganku....

Ni gambar pada 27 Nov 2009... baru update....

Anak pokok jintan:


Bau daunnya seperti oregano. Nanti saya postkan gambar dia bila dah besar. Pokok ni mahukan cahaya matahari yang banyak. Nak tanam just dapatkan keratan batangnya dan cucuk pada tanah. Khasiat daun ni adalah untuk membuang lendir kahak dan penyakit lelah. Caranya kukus 5 helai daun ni. Kemudian, tumbuk dengan jemuju untuk mendapatkan airnya. Tapis air dan minum.


Daun sup:


Tips: Taburkan hampas teh. Siram 2 kali. Jangan letakkan pokok direct pada sunlight. Just partial shade.

Daun kesum


Daun kesum yang dah banyak berjasa ke atas asam pedas dan asam rebus... Tips jaga kesum: Siram banyak air sehingga bertakung, taburkan baja organik 2 minggu sekali atau hampas teh. Kesum mahukan cahaya matahari yang banyak. Apabila kesum dah meninggi, eloklah dipetik supaya kesum lebih merimbun.

Nanti saya tunjuk lagi perkembangan terbaru mereka.
Lastly orang yang juga terlibat dalam penggambaran ini....

Raihan... 10 months old


Add comment


Wednesday, 28-Oct-2009 07:35 Email | Share | | Bookmark
Asam Pedas Melaka - Resipi Mertua

Bagi memeriahkan fotopages saya ni, julung-julung kalinya saya nak buat entry resipi hari ini. Asam Pedas Melaka - resipi dari ibu mertua. Dah tahu resipi ni, bila husband nak makan asam pedas, kena follow resipi ni, bukan cara mak saya lah . Apa yang unik tentang asam pedas melaka ialah kuahnya yang pekat dan kaya dengan haruman herba dan rempah seperti halba, serai, daun limau purut atau daun kesum, ketumbar dan jintan manis. Ianya tidak terhad kepada ikan sahaja, malah anda boleh menggantikan ikan dengan daging dan ayam.



Asam Pedas Ayam... sorry ye gambo tak comel...

Servings: 4
Bahan-bahan:
1 sudu teh halba
2 batang serai, diketuk
Daun kesum atau 4 helai daun limau purut
Air asam jawa
Sedikit belacan (optional, tak mau pun tak pe)
Minyak untuk menumis
10 biji kacang bendi
400 - 500 gram ikan/ayam/daging
Air secukupnya
Garam secukupnya

Bahan lada
5 sudu besar campuran lada kering + bawang+putih yang dikisar, atau mengikut selera anda

Bahan tumbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 biji buah keras
(Bahan-bahain ini ditumbuk lumat)


Cara-cara:
1) Panaskan minyak. Tumis halba sehingga wangi. Tapi jangan lama sangat, nanti kuah asam pedas jadi pahit.
2) Kemudian, masukkan campuran lada, bawang dan bawang putih, bahan tumbuk dan serai. Tumis hingga wangi.
3) Setelah wangi, masukkan air (adjust la banyak mana.. jangan sampai cair...). Kemudian, masukkan ikan/ayam atau daging hingga hampir masak.
4) Masukkan air asam jawa. Tunggu 2 minit, masukkan daun kesum dan kacang bendi serta belacan.
5) Kemudian, perasakan dengan garam secukupnya.
6) Siap dihidang panas-panas dengan nasi, roti atau roti canai.

Add comment


Wednesday, 21-Oct-2009 04:10 Email | Share | | Bookmark
Raihan's Babyhood

Semua gambar guna camera phone sahaja....


Hari Pertama Di Dunia


4 hari


2 minggu


3 bulan


4 bulan



5 bulan





7 bulan


8 bulan

Wah bestnyer Rifqi dapat main ngan adiknya! Pandai tak Rifqi jaga adiknya? Mon 26-Oct-2009 01:57
Posted by:WCV1414
Rifqi pandai lap muntah adik dia. Kalau adik dia muntah, dia cepat-cepat tolong lap. Kalau adik merangkak ke dapur, dia akan jerit! Mama.. tengok adik tu! Mon 26-Oct-2009 07:45
Posted by:nurhayati
Add comment


Monday, 19-Oct-2009 00:57 Email | Share | | Bookmark
Raihan

Inilah wajah terbaru Raihan - 9 bulan. Dah pandai merangkak dan berdiri dengan sokongan. Juga dah pandai main mainan abang. Pasti akan merangkak ke bilik abang untuk main koleksi kereta abang. Raihan juga suka buat sepah mainan abang. Nak tahu apa Rifqi gelar adik dia kerana suka sepahkan kereta? RAKSASA ADIK.....




Abang dan raksasa adik

9 bulan, tapi dah nampak besar Raihan nie... dah boleh jalan ke? Mon 26-Oct-2009 01:58
Posted by:WCV1414
dah 10kg! beli baju umur setahun setengah punya... Mon 26-Oct-2009 07:48
Posted by:nurhayati
Add comment


Friday, 16-Oct-2009 06:26 Email | Share | | Bookmark
Maaflah Kengkawan

Maaf kengkawan semua yang maih ikuti perkembangan saya. Saya baru melahirkan anak pada 21 Januari 2009. Nama dia Muhammad Raihan Hakimi. Panggil Raihan. Kat taska panggil Remy. Sekarang dah pandai merangkak dan berdiri dengan sokongan.

Gambarnya ada tapi dalam notebook kat rumah. Ni update kat office. Lepas tu kamera saya tu dah rosak, langsung tak boleh upload ke PC dan dah mereng sangat la kamera tu. Gambar raya pun tak ambil...

Banyak nak letak gambar. Contohnya, gambar anak-anak dan hobi terbaru saya iaitu berkebun. Teringin la nak menunjuk-nunjuk tanaman saya tak seberapa tu. Contohnya pokok kesum saya yang menjadi... sebab selama ni tanam tak pernah jadi. Sekarang dah tau tips dia, gemuk la kesum saya tu...

Tunggu lah beli kamera baru atau tunggu cik abang sponsor... heeee.....

Add comment


Tuesday, 28-Oct-2008 02:16 Email | Share | | Bookmark
Family Day PSDC di Tiara Beach Resort, PD

Pada 24 - 25 Oktober, PSDC mengadakan Family Day di Tiara Beach Resort (TBR), Port Dickson. Bertolak dari Kuantan jam 9.00 pagi, dan tiba di TBR jam 3.00 petang.

Kemudian, pada malamnya kami dinner. Acara kemucak ialah cabutan bertuah. Tema dinner ialah Hari Raya. Jadi, semua kena pakai baju seperti di pagi raya. Alhamudlilah, acara santai, maklumlah ada anak kecil yang aktif ni...




Rifiqi yang keletihan selepas berlari-lari dalam dewan majlis



Pagi 25 Oktober 2008, breakfast dan acara sukaneka. Rifqi pula seronok la dapat main air. Seperti biasa, papa ditugaskan untuk melayan kerenahnya di swimming pool. Memang besar kolamnya. Puas hati la... 3 jam Rifqi main air..... Itupun masih belum mencukupi...


Seronok ye dapat main air...


Kolam untuk kanak-kanak





Selepas itu, kami check out dan lunch dulu di TBR. Kemudian, kami terus balik Merlimau.

syoknya mandi .... hehehe ... jom joint kutu luminarc - http://homefavstuff.blogspot.com/ Thu 15-Jan-2009 01:07
Posted by:azaa  - [Link]
Gambar raya 2009 bila nak update... nie kira lama gak tak update nie... Gambar adik Rifqi takde pun Fri 25-Sep-2009 10:00
Posted by:WCV1414
kamera dah rosak... nanti le tunggu beli kamera baru, baru rajin update... Fri 16-Oct-2009 06:21
Posted by:nurhayati
Add comment


Monday, 6-Oct-2008 23:55 Email | Share | | Bookmark
Raya 2008

 
 
 
View all 4 photos...
Tahun ni raya pertama di Kuantan. Menu raya nasi dagang, nasi impit, kuah lodeh, rendang dan kuah kacang. Raya kedua baru balik Merlimau, Melaka sampailah 5 Oktober 2008. Tengoklah gambar terbaru kami. Rifqi memang tak reti duduk diam depan kamera. Dia pulak sibuk nak ambil gambar mama guna phone papa.




Add comment


Friday, 26-Sep-2008 08:29 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri 2008

Maaf pada kawan-kawan dah lama tak update. Insya Allah saya akan belek kamera saya tuh okay ke tak. Dah lama peram dalam laci nak dekat setahun dah. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Raya pertama di Kuantan, raya kedua hingga keempat di Melaka. 6 oktober berada di Kuantan semula.


Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com