|
|
| Tuesday, 9-Oct-2007 05:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Aidilfitri
|
|
Di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan andainya ada salah dan silap. Selamat Hari Raya.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Aug-2007 07:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pulang ke Semenanjung
|
|
Hari ini kami perlu pulang ke KL. Rasa tak cukup bercuti di Sabah. Banyak lagi tempat menarik perlu diteroka. Kami bertolak dari Rumah Tamu ILP KK dari jam 8.30 pagi. Flight pukul 12.30 petang.
Kami singgah di Pasar Ikan Masin dan Pasar Filipina semula. Kaum ibu yang lain perlu beli mutiara lagi di Jamilah Jewellery. Perlu beli ikan masin, belacan papar (silap tengok macam sosej), kopi tenom, udang kering, ikan terubuk masin untuk mak ayah dan mertua serta saudara-mara....
Dah malas design... penat....
Kami perlu pulang... huhuhu....
Pemandangan sangat cantik semasa pesawat meninggalkan KK. Pemandangan laut biru dan pulau dari awan biru. Selamat tinggal Sabah. Ada duit, datang lagi... heheh...
P/S: Lepas ni teringin nak pergi Janda Baik, Pahang. Nak rasa suasana kampung. Sape nak ikut????
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 22-Aug-2007 07:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kudat dan Kota Kinabalu
|
|
OK... hari ini ke Kudat. Ke utara sikit. Tengok peta....
Perjalanan dari KK ke Kudat mengambil masa 3 jam. Kami bertolak dari jam 9.30 pagi. Diingatkan supaya mengisi minyak siap-siap kerana susah nak jumpa stesyen minyak. Pastikan bekalan makanan semua ada jika bertolak dari KK. Untuk ke Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, anda boleh juga menginap di bandar Kudat.
Sebelum ke Kudat, boleh juga melencong kejap ke Kota Belud. Tapi kami tak sempat melencong, masa suntuk.
Sepanjang perjalanan ke Kudat, saya sempat mengingat beberapa nama tempat yang pelik di Sabah, antaranya Topokon, Kampung Kesapang (di mana sawah padi ditanam tidak terurus, dalam satu petak sawah, ada yang dah masak, ada yang belum), Kampung Kawang-kawang Rosok (kawan-kawan rosak????), Matunggong dan Molongkolong.
Saya juga ingin mengambil gambar, tapi malangnya bateri kamera dah habis. Backup bateri tak ada. Saya sepatutnya dah agak perlu bawa bateri lebih dari yang sepatutnya.... Adeh.....
Tanjung Simpang Mengayau merupakan kawasan pedalaman dengan kegiatan ekonominya adalah pertanian. Jalan sangat teruk dan tidak ada tar. Memang berjoget nak ke sana. Sebelum sampai ke Tip Of Borneo, satu perkara yang melucukan adalah buah kelapa siap dibakar di atas pokok. Maksud saya, satu kawasan penuh pokok kelapa telah terbakar!!! Dengan buahnya hangus sekali. Sekali imbas saya tengok seperti satu ladang kelapa spesies warna merah. Musim panas sekarang ini...
Apabila hampir sampai ke Tip of Borneo, barulah jalan bertar. Ia merupakan sebuah tanjung yang panjang. Terletak betul-betul di hujung utara Borneo. Tip of Borneo yang kelihatan seperti telinga keldai dalam peta Sabah. Kudat adalah pekan terdekat ke tanjung ini.
Kami tiba jam 12.30 petang. Tip of Borneo sangat cantik. Lautnya hijau biru hingga ke tepi pantai. Pasirnya putih melepak. Di tepi jalan kelihatan orang tempatan menjual sea shells, sangat cantik. Tempat makan ada, tapi tak dijamin halal. Tempat solat dan tandas ada, cuma airnya masin.
Angin di sini sangat kuat. Eloklah ke Tip of Borneo ketika bukan musim tengkujuh, kerana jika hujan, kita tidak akan dapat berdiri dengan stabil kerana angin terlampau kuat. Sebab itu tidak ada resort didirikan di sini. Eloklah berkasut kerana nak mendaki sikit ke hujung Borneo tu.
OK... ini gambarnya...
Subhanallah cantik sungguh. Bila saya terpandang laut biru hijau, teringat pula lagu What a Wonderful World nyanyian Louis Armstrong...
[url]Gambar cilok dari: http://mount-kinabalu-borneo.com/blog/tanjung-simpang-mengayau-photos.html[/url]
Singgah solat di Tip of Borneo. Kami pulang dan singgah sebentar di gerai jagung bakar berhampiran bandar Kota Belud. Jagung bakar dibakar dengan kulit-kulitnya sekali. Kami langsung tak lunch, hanya jagung bakar sahajalah alas perut kami. Hah... lupa pulak nak beritahu, di Sabah ini pandai-pandailah mencari tempat makan yang halal. Di Sabah ini, setiap kampung pasti ada gereja.
Kemudian, kami perlu berkejar ke Kota Kinabalu, kerana takut Pasar Filipina akan tutup.Bermula jam 4.30 petang, KK akan mulai sibuk. Kami sama-sama menambah kesibukan KK. Tips: Eloklah ke KK pada jam 10.00 pagi kerana kurang sesak.
Kami tiba di Pasar Filipina pada jam 6.00 petang. Saya sempat membeli tempat gantung kunci untuk diri saya dan dompet kecil untuk kawan-kawan pejabat. Kat sini banyak cenderamata dan mutiara serta keronsang. Tapi saya tak beli mutiara dan kerongsang kerana kurang berminat. Saya agak kerongsang di sini pasti mudah tercabut permata atau pinnya mudah rosak. Eloklah beli sahaja di Parkson kerana tahan lama dan ada warranty. Lagi jimat.
Di sini kita kena pandai tawar-menawar. Dapatlah 40% off. Tapi kalau dah janji nak beli, jangan tak beli pulak. Kena marah nanti. Kemudian, waktu maghrib kami ke Jamilah Jewellery di kawasan Sinsuran, KK untuk membeli mutiara. Saya cuma tengok sahaja mutiara, tak beli. Memang banyak dijual keronsang, permata dan tentunya mutiara. Cantik-cantik dan pelbagai warna.
Dalam menunggu kaum ibu, saya dan Edy sempat merayau kawasan di situ dan membeli bateri kamera serta kereta mainan Rifqi.
Jamilah Jewellery. Tengoklah kedai dah nak tutup.... kaum ibu belum keluar lagi heheh...
Kemudian, kami makan malam di Restoran Nelayan. Kami makan buffet steamboat RM25++/pax.
Kami pulang jam 10.30 malam. Memang letih sangat, 13 jam berjalan tanpa rehat. Mujur anak-anak tak meragam.
Esoknya kami akan pulang ke Semenanjung, dan sempat singgah lagi di Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin, KK.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Aug-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KK-Kundasang-Ranau
|
|
Hari ini kami hendak ke Kundasang. Tak sabar rasanya nak ke Kundasang.
9.30 pagi kami bertolak ke dari KK menaiki KIA Pregio yang disewa RM300 sehari. Berbaloilah untuk 3 keluarga. Kami dipandu arah oleh rakan di ILP KK, Joye Tingkolou. Nampaknya puncak gunung kinabalu tak dapatlah kami tengok kalau bertolak jam 9.30 pagi. Awal perjalanan ke arah Tuaran, kelihatan sederetan gerai menjual lokan dan kelapa bakar. Rasa nak beli tapi bila masa aku nak masak???
Singgah sebentar di Shell isi minyak. Sebelum ke Kundasang, ingin saya nasihatkan belilah kudapan atau minuman kerana susah dah nak jumpa kedai nak makan.
Kami berhenti di Jambatan Tamparuli untuk bergambar dan merasai gegaran di Jambatan Tamparuli.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park. Jalan seperti di Cameron Highlands, cuma di sini rasa lebih selamat. Cuaca sangat sejuk dan van melanggar kabus (entah orang lain cakap langgar awan) sepanjang perjalanan. Kelihatan gerai menjual durian dan buah bambangan. Edy berazam nak makan durian di situ lepas habis lawatan dari Poring Hot Spring. Kemudian, saya agak teruja melihat bunga-bunga liar sepanjang perjalanan, dan juga hasil tani seperti daun bawang. Gemuk-gemuk daun bawang yang ditanam....
Kemudian, kami melalui Pekan Nabalu sebelum Kinabalu Park. Kami tiba di Kinabalu Park pada jam 11.15 pagi. Kami bergambar dan kami dapati puncak gunung kinabalu diliputi awan. Tak apalah... adalah rezeki tengok puncak tu nanti...
Kemudian, kami bergerak melalui Kundasang. Lalu Kundasang Daily Market tapi akan singgah kemudian. Lalu Kinabalu Pine Resort. Satu hari nanti, saya mesti menginap di sini. Kemudian, kami berhenti di Ranau untuk makan tengahari di Restoran Sri Sina pada jam 12.15 petang. Lepas lunch, anak pulak buang air besar, terpaksalah berhenti di tandas awam Ranau. Hmmm... nampaknya tandas awam di Ranau sangat kotor sebab semua bentuk nampak dengan jelas.... adeiiii.... Kerana anak terpaksalah ditahan gelinya. Nampaknya hajat diri pun terpaksa ditangguhkan.
Kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Kami melalui mukim Lohan di Ranau. Kelihatan banyak kolam ikan kerana Ranau jauh dari laut. Jadi penduduknya menternak ikan di sini.
Kami tiba di Poring Hot Spring pada jam 2.05 petang. Nampaknya Rifqi enjoy mandi di kolam kecil yang disediakan di Poring. Di Poring disediakan surau kecil. Saya fikir hendak solat di situ, tapi tak apa lah, on the way nak balik, mesti jumpa surau.
Di luar pintu pagar Poring Hot Spring (PHS), terdapat gerai-gerai menjual cenderamata. Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang Daily Market. Terdapat pelbagai hasil tani dan satu produk tani yang tiada di Semenanjung iaitu brown mushroom yang segar. Sepaket RM4, saya beli 3 paket RM10. Brown mushroom boleh dikeringkan dan bila direndam, ia akan kembang seperti mana yang segar. Boleh dimasak seperti sup atau goreng. Kawan-kawan lain tak berani beli sebab takut tak segar bila dah sampai Semenanjung. Tapi saya belasah ajer, beli aje lah. Nasib baik apabila sampai di KL, ia masih segar (tahan 3 hari) dan rasanya seakan-akan cendawan shitake dan isinya seperti cendawan tiram.
Lihat brown mushroom tu... mesti beli
Terdapat juga pokok bunga untuk dijual, macam Cameron Highlands.
Di seberang jalan pula merupakan gerai menjual buah-buahan. Kami menikmati beberapa jenis buah seperti buah bambangan (rasa seperti kuini dan masam, tapi kulit warna coklat), dan buah mentega. Buah bambangan boleh dimasukkan bersama sambal belacan. Terdapat juga pisang raja udang tapi tak berani nak makan. Antara produk lain yang banyak dijual ialah kerepek daun bayam dan kuih cincin.
Aneka buah-buahan
Bukan daily farm... tapi daily market. Salah taip daaa...
Kemudian, kami meneruskan perjalanan untuk mencari tempat solat. Kami ke Kinabalu Park untuk mencari surau. Tapi malangnya surau (kedudukan sangat terpencil di satu restoran di Kinabalu Park) tersebut berkunci. Agak hampa, lalu kami meneruskan perjalanan dan singgah di Restoran Mohamad. Dapatlah kami solat. Air di situ sangat sejuk, menggigil rasa. Di restoran ini, banyak anjing berkeliaran. Di Sabah ini, pemandangan banyak anjing ini merupakan satu pemandangan biasa.
Hari sudah senja, kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Nampaknya puncak Gunung Kinabalu tidak dapat kami lihat. Tiba-tiba Joye menunjukkan kami sebahagian puncak Gunung Kinabalu. Subhanallah... sebuah pemandangan yang sangat cantik. Kami rasa teruja kerana gunung tersebut dirasakan sangat dekat dengan kami. Apabila kami melihat puncak tersebut di celah-celah awan, seolah-olah ada taman kayangan indah di situ. Lalu, kami snap sebanyak-banyak mungkin gambar sampai memory penuh. Alhamdulillah, walaupun kami tak dapat tengok penuh, tengok puncak sikit pun jadi lah.
Kami meneruskan perjalanan pulang. Kami singgah di kawasan Anjung Selera di KK. Makanan yang popular di situ ialah Tomyam Kelapa. Tomyam dimasukkan di dalam kelapa muda, bersama sedikit isi kelapa muda.
Kami sampai di Rumah Tamu ILP kira-kira jam 10.30 malam. Kami sangat letih dan esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke Kudat melihat apa istimewa sangat dengan Tips Of Borneo dan menghabiskan duit yang tak berapa ada di Pasar Filipina.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Aug-2007 22:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dari LCCT KLIA ke KK
|
 |
|
Airport KK
|
| 00:00 |
|
 |
|
Depan rumah tamu ILP KK
|
| 00:00 |
|
 |
|
Keletihan main kejar-kejar dengan anak
|
| 00:00 |
|
|
Ini bukanlah kali pertama saya meninggalkan tanah Semenanjung, tapi inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kepulauan Borneo - Sabah negeri di bawah bayu. Teringin sekali menyaksikan keindahan Sabah seperti yang diperkatakan orang.
Kami sekeluarga dan lagi 2 family kawan suami merancang untuk bercuti 4 hari 3 malam, yang mana saya jangka tak cukup untuk meneroka keindahan Sabah. Tapi tak apalah, rezeki kami setakat itu sahaja.
Perjalanan bermula dari KL jam 11.10 pagi dan tiba di KK jam 1:45 petang. Makan dan rehat di airport KK sehingga jam 3.30 petang. Jam 4.30 petang baru sampai di ILP KK. Kami stay di rumah tamu ILP KK.
Jam 8.00 malam barulah kami keluar untuk dinner di Bandar Indah Permai, KK. Di situ, memang tumpuan pelajar UMS dan UiTM. Ada banyak khidmat kereta sewa, restoran, klinik, dan fotostat kerana di situlah tumpuan pelajar. Giant pun ada. Giant tutup jam 9.30 malam.
Di Sabah, waktu solat 1 jam lebih awal dari tanah Semenanjung. So, kalau dah 5.30 petang, terasa betul hari nak gelap.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Jun-2007 06:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tempat kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-May-2007 01:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pergi Pedas WetWorld
|
|
Pergi Pedas WetWorld di daerah Rembau. Seronok Rifqi main air.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Apr-2007 01:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pergi Port Dickson
|
|
Menginap di Kondominium Peranginan TNB. Bercuti bersama-sama ibu mertua dan ayah sedara dan keluarga belah suami.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-Apr-2007 00:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Reunion Kelas 5 Sains 2 1995 Di Cyberjaya
|
|
Reunion di satu taman di Cyberjaya. Apa nama taman tu ntah. Acara kemuncak ialah berebut barang Avon.
Makan-makan... borak-borak...
Makan dan borak lagi
Kaum bapa berposing...
Macam mana aku nak lari ke tasik ye...
Akhirnya ada gambar mod
Carrot cake from Secret Recipe.. Niza bawak
Tokey Avon tengah bukak kedai...
Gambar ramai-ramai
Bukak kedai tengah panas tu...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Jan-2007 01:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masak apa tu dik?
|
|
|
Habis dikerjakannya tepung kat dapur!
|
|
|
|
|