Want your
own Fotopage?













 
nurhayati's FotoPage

By: nurhayati a ghani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 21-Aug-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
KK-Kundasang-Ranau

 
Jambatan Tamparuli
Jambatan Tamparuli
Pandangan dari Jambatan Tamparuli
Kinabalu Park
Orkid yang banyak ditanam di Kinabalu Park
Belakang tu gunung kinabalu, tapi tak nampak puncak...
 
 
 
 
Hari ini kami hendak ke Kundasang. Tak sabar rasanya nak ke Kundasang.

9.30 pagi kami bertolak ke dari KK menaiki KIA Pregio yang disewa RM300 sehari. Berbaloilah untuk 3 keluarga. Kami dipandu arah oleh rakan di ILP KK, Joye Tingkolou. Nampaknya puncak gunung kinabalu tak dapatlah kami tengok kalau bertolak jam 9.30 pagi. Awal perjalanan ke arah Tuaran, kelihatan sederetan gerai menjual lokan dan kelapa bakar. Rasa nak beli tapi bila masa aku nak masak???

Singgah sebentar di Shell isi minyak. Sebelum ke Kundasang, ingin saya nasihatkan belilah kudapan atau minuman kerana susah dah nak jumpa kedai nak makan.

Kami berhenti di Jambatan Tamparuli untuk bergambar dan merasai gegaran di Jambatan Tamparuli.







Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park. Jalan seperti di Cameron Highlands, cuma di sini rasa lebih selamat. Cuaca sangat sejuk dan van melanggar kabus (entah orang lain cakap langgar awan) sepanjang perjalanan. Kelihatan gerai menjual durian dan buah bambangan. Edy berazam nak makan durian di situ lepas habis lawatan dari Poring Hot Spring. Kemudian, saya agak teruja melihat bunga-bunga liar sepanjang perjalanan, dan juga hasil tani seperti daun bawang. Gemuk-gemuk daun bawang yang ditanam....

Kemudian, kami melalui Pekan Nabalu sebelum Kinabalu Park. Kami tiba di Kinabalu Park pada jam 11.15 pagi. Kami bergambar dan kami dapati puncak gunung kinabalu diliputi awan. Tak apalah... adalah rezeki tengok puncak tu nanti...



Kemudian, kami bergerak melalui Kundasang. Lalu Kundasang Daily Market tapi akan singgah kemudian. Lalu Kinabalu Pine Resort. Satu hari nanti, saya mesti menginap di sini. Kemudian, kami berhenti di Ranau untuk makan tengahari di Restoran Sri Sina pada jam 12.15 petang. Lepas lunch, anak pulak buang air besar, terpaksalah berhenti di tandas awam Ranau. Hmmm... nampaknya tandas awam di Ranau sangat kotor sebab semua bentuk nampak dengan jelas.... adeiiii.... Kerana anak terpaksalah ditahan gelinya. Nampaknya hajat diri pun terpaksa ditangguhkan.




Kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Kami melalui mukim Lohan di Ranau. Kelihatan banyak kolam ikan kerana Ranau jauh dari laut. Jadi penduduknya menternak ikan di sini.

Kami tiba di Poring Hot Spring pada jam 2.05 petang. Nampaknya Rifqi enjoy mandi di kolam kecil yang disediakan di Poring. Di Poring disediakan surau kecil. Saya fikir hendak solat di situ, tapi tak apa lah, on the way nak balik, mesti jumpa surau.



Di luar pintu pagar Poring Hot Spring (PHS), terdapat gerai-gerai menjual cenderamata. Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang Daily Market. Terdapat pelbagai hasil tani dan satu produk tani yang tiada di Semenanjung iaitu brown mushroom yang segar. Sepaket RM4, saya beli 3 paket RM10. Brown mushroom boleh dikeringkan dan bila direndam, ia akan kembang seperti mana yang segar. Boleh dimasak seperti sup atau goreng. Kawan-kawan lain tak berani beli sebab takut tak segar bila dah sampai Semenanjung. Tapi saya belasah ajer, beli aje lah. Nasib baik apabila sampai di KL, ia masih segar (tahan 3 hari) dan rasanya seakan-akan cendawan shitake dan isinya seperti cendawan tiram.


Lihat brown mushroom tu... mesti beli

Terdapat juga pokok bunga untuk dijual, macam Cameron Highlands.

Di seberang jalan pula merupakan gerai menjual buah-buahan. Kami menikmati beberapa jenis buah seperti buah bambangan (rasa seperti kuini dan masam, tapi kulit warna coklat), dan buah mentega. Buah bambangan boleh dimasukkan bersama sambal belacan. Terdapat juga pisang raja udang tapi tak berani nak makan. Antara produk lain yang banyak dijual ialah kerepek daun bayam dan kuih cincin.


Aneka buah-buahan


Bukan daily farm... tapi daily market. Salah taip daaa...

Kemudian, kami meneruskan perjalanan untuk mencari tempat solat. Kami ke Kinabalu Park untuk mencari surau. Tapi malangnya surau (kedudukan sangat terpencil di satu restoran di Kinabalu Park) tersebut berkunci. Agak hampa, lalu kami meneruskan perjalanan dan singgah di Restoran Mohamad. Dapatlah kami solat. Air di situ sangat sejuk, menggigil rasa. Di restoran ini, banyak anjing berkeliaran. Di Sabah ini, pemandangan banyak anjing ini merupakan satu pemandangan biasa.

Hari sudah senja, kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Nampaknya puncak Gunung Kinabalu tidak dapat kami lihat. Tiba-tiba Joye menunjukkan kami sebahagian puncak Gunung Kinabalu. Subhanallah... sebuah pemandangan yang sangat cantik. Kami rasa teruja kerana gunung tersebut dirasakan sangat dekat dengan kami. Apabila kami melihat puncak tersebut di celah-celah awan, seolah-olah ada taman kayangan indah di situ. Lalu, kami snap sebanyak-banyak mungkin gambar sampai memory penuh. Alhamdulillah, walaupun kami tak dapat tengok penuh, tengok puncak sikit pun jadi lah.








Kami meneruskan perjalanan pulang. Kami singgah di kawasan Anjung Selera di KK. Makanan yang popular di situ ialah Tomyam Kelapa. Tomyam dimasukkan di dalam kelapa muda, bersama sedikit isi kelapa muda.

Kami sampai di Rumah Tamu ILP kira-kira jam 10.30 malam. Kami sangat letih dan esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke Kudat melihat apa istimewa sangat dengan Tips Of Borneo dan menghabiskan duit yang tak berapa ada di Pasar Filipina.

happy trip yaaa....
..........................................................................
transfer your picture,logo, artworks to mugs,plate, t-shirt.For wedding,birthday, anniversary,corporate gift and many more... http://kugeeku.fotopages.com/
..........................................................................
Gadgets terkini http://kugeeku-gadgets.fotopages.com/
Tue 28-Aug-2007 00:24
Posted by:nadzri kugeeku@yahoo.com  - [Link]
semoga ada rezeki datang lagi ke Sabah..
kitorang rakan sekerja dari KL akan ke KK dan Kundasang pada 15 - 18 Okt 2009 nih.. Memang tak sabar. Disebabkan kitorang menginap kat Kinabalu Pine Resort Kundasang, agaknyer impian menyaksikan puncak kinabalu tercapailah hendaknyer..
Thu 1-Oct-2009 16:27
Posted by:irineayu irineayu@yahoo.com
bagus le duduk kat kinabalu pine tu. memang dekat sangat view tu. tengok awal subuh... Fri 16-Oct-2009 06:25
Posted by:nurhayati
Salam yati..
Alhamdullillah kitorang baru jer balik dari Sabah..ketika ini masih lenguh2 badan lagi, letih tapi sangat2 berbaloi..Syukur alhamdullillah, kami dapat melihat sepuas2nye Gunung Kinabalu sebab menginap di Kundasang. Pkul 5.45am da bleh nmpak gunung dengan jelas. Semoga rezeki lain, yati dan famili datang lagi ke Kundasang yea..
Tue 20-Oct-2009 00:54
Posted by:irineayu irineayu@yahoo.com
Wah memang seronok kan. Terima kasih bebanyak tengok fp saya. Memang nak datang lagi kalau ada rezeki ... nak menginap kinabalu pine resort.... Tue 20-Oct-2009 08:25
Posted by:nurhayati


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.