Want your
own Fotopage?













 
nurhayati's FotoPage

By: nurhayati a ghani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Aug-2007 07:02 Email | Share | Bookmark
Kudat dan Kota Kinabalu

OK... hari ini ke Kudat. Ke utara sikit. Tengok peta....



Perjalanan dari KK ke Kudat mengambil masa 3 jam. Kami bertolak dari jam 9.30 pagi. Diingatkan supaya mengisi minyak siap-siap kerana susah nak jumpa stesyen minyak. Pastikan bekalan makanan semua ada jika bertolak dari KK. Untuk ke Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, anda boleh juga menginap di bandar Kudat.

Sebelum ke Kudat, boleh juga melencong kejap ke Kota Belud. Tapi kami tak sempat melencong, masa suntuk.

Sepanjang perjalanan ke Kudat, saya sempat mengingat beberapa nama tempat yang pelik di Sabah, antaranya Topokon, Kampung Kesapang (di mana sawah padi ditanam tidak terurus, dalam satu petak sawah, ada yang dah masak, ada yang belum), Kampung Kawang-kawang Rosok (kawan-kawan rosak????), Matunggong dan Molongkolong.

Saya juga ingin mengambil gambar, tapi malangnya bateri kamera dah habis. Backup bateri tak ada. Saya sepatutnya dah agak perlu bawa bateri lebih dari yang sepatutnya.... Adeh.....

Tanjung Simpang Mengayau merupakan kawasan pedalaman dengan kegiatan ekonominya adalah pertanian. Jalan sangat teruk dan tidak ada tar. Memang berjoget nak ke sana. Sebelum sampai ke Tip Of Borneo, satu perkara yang melucukan adalah buah kelapa siap dibakar di atas pokok. Maksud saya, satu kawasan penuh pokok kelapa telah terbakar!!! Dengan buahnya hangus sekali. Sekali imbas saya tengok seperti satu ladang kelapa spesies warna merah. Musim panas sekarang ini...

Apabila hampir sampai ke Tip of Borneo, barulah jalan bertar. Ia merupakan sebuah tanjung yang panjang. Terletak betul-betul di hujung utara Borneo. Tip of Borneo yang kelihatan seperti telinga keldai dalam peta Sabah. Kudat adalah pekan terdekat ke tanjung ini.

Kami tiba jam 12.30 petang. Tip of Borneo sangat cantik. Lautnya hijau biru hingga ke tepi pantai. Pasirnya putih melepak. Di tepi jalan kelihatan orang tempatan menjual sea shells, sangat cantik. Tempat makan ada, tapi tak dijamin halal. Tempat solat dan tandas ada, cuma airnya masin.

Angin di sini sangat kuat. Eloklah ke Tip of Borneo ketika bukan musim tengkujuh, kerana jika hujan, kita tidak akan dapat berdiri dengan stabil kerana angin terlampau kuat. Sebab itu tidak ada resort didirikan di sini. Eloklah berkasut kerana nak mendaki sikit ke hujung Borneo tu.

OK... ini gambarnya...












Subhanallah cantik sungguh. Bila saya terpandang laut biru hijau, teringat pula lagu What a Wonderful World nyanyian Louis Armstrong...


[url]Gambar cilok dari: http://mount-kinabalu-borneo.com/blog/tanjung-simpang-mengayau-photos.html[/url]

Singgah solat di Tip of Borneo. Kami pulang dan singgah sebentar di gerai jagung bakar berhampiran bandar Kota Belud. Jagung bakar dibakar dengan kulit-kulitnya sekali. Kami langsung tak lunch, hanya jagung bakar sahajalah alas perut kami. Hah... lupa pulak nak beritahu, di Sabah ini pandai-pandailah mencari tempat makan yang halal. Di Sabah ini, setiap kampung pasti ada gereja.



Kemudian, kami perlu berkejar ke Kota Kinabalu, kerana takut Pasar Filipina akan tutup.Bermula jam 4.30 petang, KK akan mulai sibuk. Kami sama-sama menambah kesibukan KK. Tips: Eloklah ke KK pada jam 10.00 pagi kerana kurang sesak.

Kami tiba di Pasar Filipina pada jam 6.00 petang. Saya sempat membeli tempat gantung kunci untuk diri saya dan dompet kecil untuk kawan-kawan pejabat. Kat sini banyak cenderamata dan mutiara serta keronsang. Tapi saya tak beli mutiara dan kerongsang kerana kurang berminat. Saya agak kerongsang di sini pasti mudah tercabut permata atau pinnya mudah rosak. Eloklah beli sahaja di Parkson kerana tahan lama dan ada warranty. Lagi jimat.

Di sini kita kena pandai tawar-menawar. Dapatlah 40% off. Tapi kalau dah janji nak beli, jangan tak beli pulak. Kena marah nanti. Kemudian, waktu maghrib kami ke Jamilah Jewellery di kawasan Sinsuran, KK untuk membeli mutiara. Saya cuma tengok sahaja mutiara, tak beli. Memang banyak dijual keronsang, permata dan tentunya mutiara. Cantik-cantik dan pelbagai warna.

Dalam menunggu kaum ibu, saya dan Edy sempat merayau kawasan di situ dan membeli bateri kamera serta kereta mainan Rifqi.


Jamilah Jewellery. Tengoklah kedai dah nak tutup.... kaum ibu belum keluar lagi heheh...

Kemudian, kami makan malam di Restoran Nelayan. Kami makan buffet steamboat RM25++/pax.











Kami pulang jam 10.30 malam. Memang letih sangat, 13 jam berjalan tanpa rehat. Mujur anak-anak tak meragam.
Esoknya kami akan pulang ke Semenanjung, dan sempat singgah lagi di Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin, KK.

Thu 23-Apr-2009 02:47
Posted by:syalvister syal.steven@ymail.com
em,baru baca tulisan ni..sebenarnya tak susah cari tempat makan halal kat sabah..berlambak, cuma kalau first time or jarang2 dtg memanglah.. Mon 22-Jun-2009 07:25
Posted by:NORAMISAH UNGKI sufy2679@yahoo.com
weh...Kudat is Da'bEsT!!!
I lOvE Q-dARt.....!!!!!!!!!!!!!!
Sat 15-Aug-2009 09:41
Posted by:weh...3x sweetpooh_liyana44@yahoo.com
ehm...3x...
i lOvE My Q-DaRt...n my B.F...
Sat 15-Aug-2009 09:44
Posted by:weh...3x sweetpooh_liyana44@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.