<width>40</width>
<description><![CDATA[Bagi memeriahkan fotopages saya ni, julung-julung kalinya saya nak buat entry resipi hari ini. Asam Pedas Melaka - resipi dari ibu mertua. Dah tahu resipi ni, bila husband nak makan asam pedas, kena follow resipi ni, bukan cara mak saya lah :D. Apa yang unik tentang asam pedas melaka ialah kuahnya yang pekat dan kaya dengan haruman herba dan rempah seperti halba, serai, daun limau purut atau daun kesum, ketumbar dan jintan manis. Ianya tidak terhad kepada ikan sahaja, malah anda boleh menggantikan ikan dengan daging dan ayam.
Asam Pedas Ayam... sorry ye gambo tak comel...
Servings: 4
Bahan-bahan:
1 sudu teh halba
2 batang serai, diketuk
Daun kesum atau 4 helai daun limau purut
Air asam jawa
Sedikit belacan (optional, tak mau pun tak pe)
Minyak untuk menumis
10 biji kacang bendi
400 - 500 gram ikan/ayam/daging
Air secukupnya
Garam secukupnya
Bahan lada
5 sudu besar campuran lada kering + bawang+putih yang dikisar, atau mengikut selera anda
Bahan tumbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 biji buah keras
(Bahan-bahain ini ditumbuk lumat)
Cara-cara:
1) Panaskan minyak. Tumis halba sehingga wangi. Tapi jangan lama sangat, nanti kuah asam pedas jadi pahit.
2) Kemudian, masukkan campuran lada, bawang dan bawang putih, bahan tumbuk dan serai. Tumis hingga wangi.
3) Setelah wangi, masukkan air (adjust la banyak mana..  jangan sampai cair...). Kemudian, masukkan ikan/ayam atau daging hingga hampir masak.
4) Masukkan air asam jawa. Tunggu 2 minit, masukkan daun kesum dan kacang bendi serta belacan.
5) Kemudian, perasakan dengan garam secukupnya.
6) Siap dihidang panas-panas dengan nasi, roti atau roti canai.
<description><![CDATA[Semua gambar guna camera phone sahaja....
Hari Pertama Di Dunia
4 hari
2 minggu
3 bulan
4 bulan
5 bulan
7 bulan
8 bulan]]></description>
<description><![CDATA[Inilah wajah terbaru Raihan - 9 bulan. Dah pandai merangkak dan berdiri dengan sokongan. Juga dah pandai main mainan abang. Pasti akan merangkak ke bilik abang untuk main koleksi kereta abang. Raihan juga suka buat sepah mainan abang. Nak tahu apa Rifqi gelar adik dia kerana suka sepahkan kereta? RAKSASA ADIK.....
Abang dan raksasa adik]]></description>
<description><![CDATA[Maaf kengkawan semua yang maih ikuti perkembangan saya. Saya baru melahirkan anak pada 21 Januari 2009. Nama dia Muhammad Raihan Hakimi. Panggil Raihan. Kat taska panggil Remy. Sekarang dah pandai merangkak dan berdiri dengan sokongan.
Gambarnya ada tapi dalam notebook kat rumah. Ni update kat office. Lepas tu kamera saya tu dah rosak, langsung tak boleh upload ke PC dan dah mereng sangat la kamera tu. Gambar raya pun tak ambil...
Banyak nak letak gambar. Contohnya, gambar anak-anak dan hobi terbaru saya iaitu berkebun. Teringin la nak menunjuk-nunjuk tanaman saya tak seberapa tu. Contohnya pokok kesum saya yang menjadi... sebab selama ni tanam tak pernah jadi. Sekarang dah tau tips dia, gemuk la kesum saya tu...
Tunggu lah beli kamera baru atau tunggu cik abang sponsor... heeee.....]]></description>
<description><![CDATA[Pada 24 - 25 Oktober, PSDC mengadakan Family Day di Tiara Beach Resort (TBR), Port Dickson. Bertolak dari Kuantan jam 9.00 pagi, dan tiba di TBR jam 3.00 petang.
Kemudian, pada malamnya kami dinner. Acara kemucak ialah cabutan bertuah. Tema dinner ialah Hari Raya. Jadi, semua kena pakai baju seperti di pagi raya. Alhamudlilah, acara santai, maklumlah ada anak kecil yang aktif ni...
Rifiqi yang keletihan selepas berlari-lari dalam dewan majlis
Pagi 25 Oktober 2008, breakfast dan acara sukaneka. Rifqi pula seronok la dapat main air. Seperti biasa, papa ditugaskan untuk melayan kerenahnya di swimming pool. Memang besar kolamnya. Puas hati la... 3 jam Rifqi main air..... Itupun masih belum mencukupi...
Seronok ye dapat main air...
Kolam untuk kanak-kanak
Selepas itu, kami check out dan lunch dulu di TBR. Kemudian, kami terus balik Merlimau.
<description><![CDATA[Tahun ni raya pertama di Kuantan. Menu raya nasi dagang, nasi impit, kuah lodeh, rendang dan kuah kacang. Raya kedua baru balik Merlimau, Melaka sampailah 5 Oktober 2008. Tengoklah gambar terbaru kami. Rifqi memang tak reti duduk diam depan kamera. Dia pulak sibuk nak ambil gambar mama guna phone papa.
<description><![CDATA[Maaf pada kawan-kawan dah lama tak update. Insya Allah saya akan belek kamera saya tuh okay ke tak. Dah lama peram dalam laci nak dekat setahun dah. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Raya pertama di Kuantan, raya kedua hingga keempat di Melaka. 6 oktober berada di Kuantan semula.
<description><![CDATA[Tak banyak berjalan since ke Langkawi untuk bekerja juga.
Tiba di Jeti Kuala Perlis
Island hopping to Tasik Dayang Bunting, tengok helang dan Pulau Beras Basah.
Langkawi Cable Car - Gunung Mat Chinchang